|
|
| Monday, 20-Jul-2009 08:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
haloo...halooo..haloooo...
|
|
Pada semua yang sudi membaca fp saya ni...kat sini saya ade letakkan gambar handbag jenama Palatino...kualiti A+ punya. .gerenti bagus. ..bayaran ansuran diterima (barang dihantar selepas bayaran akhir diterima). ...bolehla beli beg untuk raya ni...mari.mari..cuci mata sambil membeli belah...
Pada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 012-9076817 (wawa), sms pun boleh...saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi maklum balas dengan kadar segera yang termampu...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Jun-2009 09:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
8 CARA MENJADI ISTERI DAMBAAN SUAMI
|
|
hi semua kawan-kawan...ape khabar semua...harap-harap sihat semua hendaknya..moga ceria selalu...
hari ni rajin plak, baca artikel ni rasa cam nak mskkan plak, berkenaan
"8 CARA MENJADI ISTERI DAMBAAN SUAMI"
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
Oleh: Ustaz Shukry Mohd Yusoff (Fitrah Power Sdn Bhd)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-May-2009 05:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hi.....
|
|
Hi semua...1 tahun dah aku tak menjenguk fp aku ni cian dia...lamanya....tahun ni busy betul la...macam-macam benda kena fokus kan..sejak pertukaran boa besar dan bos kecik aku sendiri....lagilah macam-macam benda yang kena buat..semua benda nak cepat..segera....lagila kurang masa aku untuk melayari fp aku ni...facebook aku...siap kena stayback..weekend pun kena kerja....hmmm sedihnye...
Tapi dalam pada tu ade gak yang bestnya..kump kitorang menang tempat pertama bagi pertandingan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) antara bahagian dan akan mewakili kementerian..syok tu...aku tak de la buat ape pun membantu setakat yang termampu jer...tahniah pada Kump medICT
Ok la aku sambung kerja balik...gambar nanti klu aku jumpa aku upload....tak terlambat kot untuk ucap SELAMAT HARI IBU buat semua ibu-ibu yang menjenguk fp aku dan buat guru-guru pulak SELAMAT HARI GURU....SELAMAT HARI BAPA untuk semua yang telah bergelar bapa...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 07:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT HARI RAYA...
|
|
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... dari kami sekeluarga buat semua yg sudi menjenguk fp aku ni...lama betul aku tak jenguk fp aku sendirik...harap2 masih ade yg sudi singgah dan jenguk fp aku yang tak seberapa ni..
Raya tahun ni syok sbb family aku berkumpul, semua ade, penuh rumah, riuh rendah ngan suara anak buah ku yg ramai, bergegar rumah bl diorang berlari-lari (maklumla atas rumah papan...) macam-macam perangai ade, pening gak la kepala sekejap...tp bl difikir-fikir balik syoknya raya....bkn senang nak kumpul kami 10 beradik ni tau...2 thn sekali br dapat kumpul camni...
Gambar raya kitorang nanti la aku upload...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 08:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bercuti di Bukit Fraser, Pahang
|
|
Bulan 3 ari tu kitorang satu family bersama keluarga mertua aku gi bercuti kat Bukit Fraser, Pahang. 3 hari 2 malam...sewa rumah peranginan kerajaan kan murah jer..
first time aku gi situ, teruk btl la jln ke situ yer...mcm ular kena palu...nasib baik tak muntah jer...spi sn pun dah maghrib. nasib baik sempat sblm waktu utk naik ke atas di tutup. pegi lak time hujan sejuk sangat rs cam dok kat oversea lak...siap buat eksperimen bila ckp asap kuar ikut mulut lg... hehehe syok tau...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Jun-2008 07:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ain Humairah Mohd Rahim birthday.............
|
|
26 Februari 2008 genap umur anak aku 1 tahun. Mak mertua aku buat kenduri sikit, mak alan maira sponser kek coklat, erm..sedap kan maira...
tp yang tak bestnya ms tu maira tak sihat so npk cam tak ceria la maira...apepun thanks a lot buat mak mertua aku Rosda bt Ibrahim, sedap masakan mak...buat mak alan, Mashitah Samsuddin, susah payah buat kek maira, mak de, Aminah Samsuddin sponser door gift (herm siap ade door gift tu utk budak2) dan adik Jazuli ngan abah dan juga sedara mara yang datang.
Dah besar anak ma kan....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Jun-2008 05:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teluk Batik, Perak
|
|
Masa ni saje je pg...tak plan langsung nak pg...tetiba jer rs nak gi jalan...kitorang pg ngan adik, anak buah ngan tunang die...spi sana lak jumpa member aku satu sekolah men dulu..apalagi kitorang lepak skali la...diorang siap bwk bekal lg nak berkelah...yg kitorang satu ape pun tak bwk...
Memang ramai sungguh umat manusia kat tepi pantai tu....sekarang dah ade bot yang bleh bwk kite pusing-pusing kat pantai tu..berapa dia caj aku tak tanya plak sbb kitorang tak naik pun...ms dulu aku pegi tak de plak cam tu...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Jun-2008 05:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taman Wetland..
|
|
|
Kat Taman Wetland ari tu kitorang naik bot...murah jer tambangnyer...RM5.00 seorang untuk dewasa...kanak2 tak silap RM3.00. Tp baru-baru ni pg ngan mak mertua tak bleh naik plak katanya tngah servis..tak tau la spi bila....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-May-2008 09:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Tak sempat la nak upload gambar yg lain2...Slow lak internet kat opis ni...geram btl...esok dah cuti.. hooray gumbira nya hati...best kan ari minggu bleh berehat sambil melayan kerenah anak2... bleh msk sedap2...hahaha
Hari isnin la klu tak busy sambung upload foto lg...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-May-2008 07:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bosan ler...
|
|
Hi semua..hari ni bos cuti. bosan plak tak de kerja...tak tau nak buat pe...pg td dah siap kan kerja yang terbengkalai..ni ptg dah tak de kerja lak..(ade sebenonyer cuma malas nak buat jer...hahaha)
Lama jugak la aku tak meng'update' fp aku ni kan...dah banyak kenangan sepanjang 3 bln ni yang aku biarkan ianya berlalu pergi begitu saja. Sambutan birthday Maira 1 tahun, kitorang bercuti kat Bukit Fraser, Pahang pastu ke Taman Wetland dan Taman Botani di Putrajaya pastu tngok persembahan Layar Air terbesar kat Putrajaya. Cantik tau ...msh ade lg klu nak tngok..dia spi 31 Mei 2008 ni..
Sekarang pun Maira dah pandai berjalan. Cukup 1 tahun 1 minggu maira berjalan dengan sendirinya. Sekarang bl berjalan nak laju jer mcm nak berlari jer. Tp yang kelakarnyer bl tngok Maira jalan mesti terhoyong hayang mcm org mabuk.. mn tak nyer bl maira jln bkn pandang depan dia asyik pandang tpt lain jer...Herm..bestnya bl tngok anak dah pandai jln...bestkan tngok perkembangan anak sendiri depan mata...
|
|
|
|